Manuskrip@Dubook

Hai.

Nak jadi penulis DuBook Press? Hantarkan karya ke sini dan Abang DuBook akan nilai sama ada penulisan kau sesuai atau tidak untuk diterbitkan.

Tapi, sebelum hantar manuskrip ke DuBook, sila pastikan beberapa perkara ini:

1. Pastikan cerita yang yang kau tulis sedap, dan sangat sedap! (Fiksi atau Non Fiksi)

2. Kaji dulu pasaran/style/genre yang sesuai bagi buku-buku Indie.

3. Pastikan penulisan kau boleh dijual dan bakal laku keras. Ya, laku keras!

4. Tulis dalam Bahasa Melayu. Abang tak terbit buku omputih.

5. Olahan menarik dan sedap dibaca. Jangan buat abang boring okey.

6. Tulis dengan EJAAN PENUH, TANDA BACA yang betul dan Bahasa Melayu yang sangat SANTAI. Seperti kau
bersantai di tepi pantai yang permai.

7. Jangan campur Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. Sikit-sikit takpe. Seeloknya tak perlu.

8. Muka Surat: 150 hingga 200 Muka Surat SAHAJA. Jangan lebih.

9. Sila hantarkan bersama sinopsis cerita kau. INI PENTING.

10. Font: Times New Roman, Size 12, Spacing: 1.5. Jangan kau bagi abang tulisan bersimpul-simpul.

11. Dah siap, e-melkan ke dubookmanuskrip@gmail.com atau editorial@dubookpress.com

12. Tempoh Penilaian:

Karya kau akan dinilai dan diberi maklum balas dalam masa DUA BULAN. Paling awal SEMINGGU DUA.

Mohon ambil maklong sekiranya SELEPAS DUA BULAN tak ada khabar berita, pertimbangkanlah untuk hantar ke penerbitan lain.

Sekian, maceh!