Aku Kafir, Kau Siapa? (Jangan Jawab)

(2 customer reviews)

RM20.00

In stock

Category: Tag:

Description

Ooi Kok Hin mencari perjalanannya dalam naratif yang ada tetapi dengan cara yang berbeza. Untuk tulisan ini, beliau telah melakukannya dengan rasa cinta yang hebat.

Kita dapat lihat keberaniannya dalam menunjuk masalah yang kita hadapi di kala ini, tetapi dengan perasaan ingin tahu yang seakan-akan naif, disajikan dengan pelbagai jalan yang boleh diambil agar kita mampu membaiki keadaan yang ada. Kita sedar, apa yang kita mampu buat adalah berdasarkan perbandingan dengan keadaan yang lebih teruk boleh berlaku di masa hadapan. Kesedaran kebaikan yang berasaskan keburukan adalah landasan harapan. Dan untuk itu kita harus berterima kasih kepada Ooi Kok Hin untuk suara dan tenaganya yang mampu menghidupkan harapan yang ada.

Penulis: Ooi Kok Hin

ISBN: 978-967-0723-20-4

Muka surat: 189 muka surat

Harga: RM20.00

2 reviews for Aku Kafir, Kau Siapa? (Jangan Jawab)

  1. Neuronic Flashes

    Tertarik dengan judul buku yang catchy “Aku Kafir, kau siapa?” oleh Ooi Kok Hin, aku membaca beberapa helaian di bahagian depan, tengah dan kulit belakang. Aku terus beli. Ringan harga, ringan dibawa dan santai dibaca walaupun isu yang dibincangkan adalah serius dan relevant dengan masyarakat majmuk Malaysia hari ini. Penulis adalah neutral agama (agnostik) walaupun isu agama dibincang di merata tempat dalam esei-esei yang dibahagikan dalam 3 kategori – Pendidikan, Agama dan Kebebasan, Politik.

    Di bahagian Pendidikan, umumnya penulis meluahkan perasaan tertindas kaum Cina di Malaysia dengan sistem pendidikan negara. Baginya tidak adil sekolah vernikular dimansuhkan jika sekolah agama masih wujud dan sekolah kebangsaan makin bertambah Islamik. Kaum bukan Muslim tidak gemar ke sekolah kebangsaan kerana kualitinya merosot dan terlalu Malay centric. Penulis mengalami zaman persekolahan yang berbeza dari kebanyakan rakan sekaumnya kerana belajar di sekolah kebangsaan, kemudian Penang Free School dan kemudian kolej matrikulasi. Penulis bergaul dengan rakan sekelas Melayu dan India semasa di sekolah. Penulis menyertai kumpulan anak-anak muda yang membentuk kumpulan Universiti Terbuka Anak Muda (UTAM). Kumpulan ini menegaskan bahawa sekolah tidak harus menjadi penjara kreativiti dan universiti bukan kilang. Produk yang dihasilkan bukan robot atau ayam daging yang digemukkan sementara menunggu hari untuk disembelih dan dinikmati dagingnya.

    Di peringkat tinggi, penulis berpendapat bahawa kebebasan berkarya di universiti termasuk penglibatan dalam politik harus dibenarkan supaya mahasiswa dekat dengan isu masyarakat luar dan bertindak menyuarakan isu rakyat kepada pemerintah.Pelajar juga perlu ambil tahu tentang politik walaupun bukan semua bercita-cita jadi ahli politik. Politik adalah kehidupan dan ia boleh mempengaruhi banyak hal di sekeliling kita.

    Di dalam bahagian Agama, penulis yang agnostik ini menyokong liberalisme dan kebebasan beragama. Isu hukum hudud dan campur tangan agama dalam politik turut disentuh termasuk beberapa sketsa satira dengan watak-watak fiksional ahli politik tanahair berbual dan berhujah dengan ahli falsafah purba Socrates dan Plato.

    Mungkin inilah buku yang pertama dalam sejarah yang aku baca dari kulit depan ke kulit belakang dalam masa satu hari. Kalau anda berminat dengan isu-isu masyarakat majmuk Malaysia tempias politik tak dapat dielak sebab politik melibatkan kuasa membuat dasar. Jika kita tak pedulikan politik bermakna kita tak kisah orang politik tentukan nasib dan masa depan kita. Kalau ramai orang cerdik menghindari politik, kita akan dapat pemimpin yang bangang. Dan pemimpin yang cetek akal akan mengambil orang bodoh sebagai pak turut. Yang cerdik dan pandai berhujah dengan mereka akan dihumban dalam penjara atau mereka sendiri yang memilih untuk berhijrah ke luar negara. Jadi kalau anda rasa loya dengan novel-novel Melayu popular dengan cerita CEO Melayu berusia 20an yang banyak bergelumang dengan cinta, hasad dengki dan syok sendiri dari bercakap soal bisnes, ayuh baca buku terbitan syarikat ini. Pada saya buku ini berjaya membawa beberapa isu berat dengan gaya bahasa ringan, tidak terlalu akademik dan sesuai dibaca untuk relaks minda.

    Ulasan Penuh di http://ajemi.blogspot.com/

  2. ANAS

    SATU NOVEL YG MENARIK DAN DPT MEMBUKA MINDA MASYARAKAT MALAYSIA….SEJAK SY BCA NOVEL NI SY SAYA LBIH TERBUKA UKT MEMBINCANGKAN PSAI AGAMA…

Add a review

Your email address will not be published. Required fields are marked *