Description
Kalau mahu jadi DOKTOR sebab mahu:
1) Kaya
2) Bergaya
3) ’Glamour’
4) Rasa ‘Superior’
Lupakan serta merta. Kuburkan cita-cita mahu jadi doktor segera. Masih banyak kerjaya lain yang dapat berikan kamu semua di atas, bukan kerjaya kedoktoran.
Ini kerjaya yang akan buat kamu rasa betapa dengkelnya ilmu manusia dan betapa hebatnya kuasa Dia. Ini kerjaya yang boleh buat kamu lebih hargai setiap degup jantung manusia kerana ia mampu berhenti tiba-tiba, pada bila-bila masa. Ini kerjaya yang boleh buat kamu terpaksa korbankan banyak perkara yang kamu mahu di dunia (antaranya cinta) kerana mahu menyelamatkan nyawa.
Maka kerana itu DIAgnosis tercipta untuk memberi inspirasi dan pengajaran bukan hanya pada doktor, bakal doktor atau semua yang berkerja dalam bidang perubatan tetapi juga disasarkan pada semua lapisan masyarakat.
Penulis: Dr. Anwar Fazal (MD), Dr. Muhammad Aizzat Othman (MD) & Dr. Azah Isa (MBBS)
ISBN: 978-967-0723-02-0
Mukasurat: 142
Harga: RM20.00
Fadinzlybront –
buku ni serius best. tahniah para penulis.
amin –
aku beli buku ni kat Kinokuniya, berbaloi beli.penulisan yg baik, cerita best…tak rugi beli & baca.
ruqaiyah.hmy –
Alamak, bila akan restock ya?
ezadyana90_leo –
salam,,bila akan ada restock??dah lama mencari,,harap dapat membantu
Afiq –
Mohon restock untuk DIAGNOSIS2. Sukar untuk mendapatkan di SYARIKAT MUDA OSMAN DI KELANTAN.
URGENT SEBAB DAH LAMA MENANTI EDISI TU.
buzzlee612@hotmail.com –
Bukan terbitan abang.