Hari Ini Kita Menang

RM20.00

Category: Tag:

Description

Bagi Adam, bola sepak adalah kehidupannya. Di saat ramai yang sudah beralih arah menonton perlawanan bola sepak Eropah yang lebih menghiburkan di kaca TV, Adam masih setia dengan pasukan kebanggaannya – Kedah FA.

Pertemuan dengan satu kumpulan hooligan, Kedah Die Hard (KDH), bagaikan sebuah nyalaan api baru untuk Adam yang semakin hilang arah dengan kehidupannya sendiri. Bersama KDH dia rasa diperlukan berbanding keluarganya sendiri. Walaupun telah dinasihat berkali-kali agar meninggalkan segala aktiviti hooliganism oleh seorang gadis bernama Sara, Adam masih nekad untuk terus berjuang bersama KDH.

Adam menjadi lebih serabut apabila Sara dibunuh oleh sekumpulan hooligan dari Singapura, Lions Black. Dia meletakkan segala tanggungjawab ke atas kematian Sara pada dirinya.

Di antara maruah, cinta dan dendam, yang manakah paling berbaloi untuk Adam tumpahkan darahnya? Apakah darah berbaloi dibalas dengan darah?

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Hari Ini Kita Menang”

Your email address will not be published. Required fields are marked *