Lelaki Terakhir Menangis Di Bumi

(1 customer review)

RM25.00

Tiba-tiba kedengaran bunyi mengaduh di dalam kelompok kanak-kanak yang sedang berkejaran sebentar tadi. Seorang anak kecil berumur lingkungan 5 tahun terduduk kesakitan. Kami mendekat. Aku terkejut besar melihat sebilah kaca sebesar ibu jari tangan orang dewasa tertusuk ke dalam kakinya. Aku cuba membantu, tetapi tangan anak itu lebih pantas mencabut kaca berkenaan.

“Ini benda biasa” kata beliau tersengih.

Tiada darah yang keluar. Mungkin kulit kaki beliau sudah kebal sehingga kaca tersebut gagal menembusi lebih dalam. Anak itu bangun semula, lalu kembali menyertai rakan-rakannya berlari.

Penulis: Musa Nuwayri

ISBN: 978-967-0723-47-1

Mukasurat: N/A

Harga: RM25

In stock

Category: Tag:

Description

Ini bukan novel cinta.

Buku ini tempat aku bercerita bagaimana terdetiknya idea untuk membantu pelarian Syria. Dihantar jauh daripada keluarga untuk belajar di tanah gersang Jordan. Seperti mahasiswa lain yang ke sini, aku mendaftar di universiti sebelum satu peristiwa berlaku menyebabkan aku tahu, aku perlu melakukan sesuatu untuk pelarian Syria yang berjumlah ratusan ribu di sini.

Aku berusia 19 tahun ketika NGO yang dinamakan Tangisan Syria Di Bumi Jordan itu ditubuhkan, dan ketika segalanya tampak berjalan dengan lancar, tuhan mula menguji kami dengan ribuan cabaran dan dugaan. Dan antara cabaran terbesar yang ada aku ceritakan di dalam buku ini ialah bagaimana tuhan uji kami dengan bekerjasama bersama sebuah NGO arab penipu dengan penipuan yang tidak munasabah. Mereka bukan seperti arab arab yang menipu di jalanan, tetapi mereka sebuah NGO yang berdaftar secara sah di Jordan! Yang sepatutnya jujur dan amanah, ataupun sekurang-kurangnya takut dengan undang undang di negara mereka sendiri.

Dan apabila kerja-kerja jahat dibongkar, mereka semakin liar. Mereka mula menyerang masuk ke dalam rumah kami dan melakukan sesuatu yang langsung tidak masuk akal! Lalu mereka ugut pula untuk membunuh dengan disebut ayat yang akan kami ingat selama-lamanya “Esok, aku akan tembak kepala kau menggunakan pistol!” Tidak cukup dengan itu, drama penipuan mereka yang seterusnya untuk terus ‘menghabiskan’ kami, sebijik seperti drama di dalam televisyen!

Juga sudah pasti diselit kisah kisah gembira, kisah kisah derita dan warna warni sepanjang hampir 3 tahun bersama NGO Tangisan Syria Di Bumi Jordan. Bukan mudah bagi lelaki untuk menangis, bukan?

1 review for Lelaki Terakhir Menangis Di Bumi

  1. hairuddin

    Buku ni mudah di fahami. Sangat terkesan kisah-kisah yang di kongsikan di dalam buku ni. Terbaik! B)

Add a review

Your email address will not be published. Required fields are marked *