Sale!

Nama Beta Sultan Alauddin

(1 customer review)

RM20.00 RM5.00

In stock

Category: Tag:

Description

Untuk remaja, karya sejarah selalunya menjemu dan melelahkan. Tetapi novel ini tidak begitu. Naratif disampaikan dengan bersahaja, selalunya ada hiburan dan kelucuan, tetapi acap kali akan ditemukan nasihat dan pengajaran berguna. Tak ramai tahu Sultan Alauddin bukan sahaja tangkas menangkap penjenayah, di waktu kecilnya motivasi diri baginda sebagai insan berketokohan sudah terpancar. Rupanya baginda juga pencipta teknologi kereta yang pertama! Dan paling menggamamkan permainan politik baginda di peringkat serantau amat bijaksana. Novel ini mengisahkan ketokohan Sultan Alauddin Riayat Syah dalam Kesultanan Melayu Melaka, tokoh yang perlu dihayati generasi sekarang. Watak pemimpin yang berkaliber, boleh diekori, wajar ditekuni dan elok dikagumi.

1 review for Nama Beta Sultan Alauddin

  1. syedshahromwafa

    Ternyata tidak ramai yang tahu riwayat hidup Sultan Alauddin Riayat Syah, Sultan Melaka ke-dua akhir sebelum anaknya Sultan Mahmud Shah menjadi pemerintah terakhir Kesultanan Melayu Melaka, yang akhirnya jatuh ke tangan penjajah pada tahun 1511.

    Ternyata masih banyak yang boleh diteladani dari diri baginda. Dari segi keperibadiannya & sifat kepimpinannya, banyak yang mengagumkan. Walaupun tempoh pemerintahannya singkat cuma, hanya 11 tahun dari 1477 hingga 1488, namun baginda berjaya mengembalikan pentadbiran mengikut cara Islam yang sebenar di kawasan jajahan takluknya. Baginda mula mengukuhkan kembali Undang-undang Laut Melaka & Hukum Kanun Melaka yang pernah digubal berlandaskan Al-Quran dan sunnah Nabi.

    Boleh dikatakan kekuatan Kesultanan Melayu Melaka mula lumpuh selepas baginda dan orang kanannya yang menjadi tunjang Melaka buat beberapa generasi, iaitu Bendahara Tun Perak, mangkat. Pelbagai musuh yang baginda hadapi akhirnya mengecapi apa yang mereka mahupun, iaitu takhta kerajaan Melaka yang gah ketika itu, namun sebentar cuma.

    Teknik penceritaan penulis yang mudah dihadam menjadikan buku ini sesuai untuk semua golongan usia, dari kanak-kanak hingga dewasa. Gaya penulisan begini juga mengingatkan saya akan buku ‘Peristiwa di Padang Karbala’ oleh Wan Yusof Hassan. Penulisan yang santai dan menghiburkan, hingga terasa sungguh singkat buku ini.

    Sebagai penutup hayati secebis petikan dari buku ini. Perbualan yang ringkas namun menggambarkan perwatakan sebenar Raja Husain (sebelum menjadi Sultan Alauddin) ketika ingin berguru tasawuf dengan seorang alim yang berasal dari tanah besar China, Tuan Guru Nuh Ha Mim;

    “… Kerja menjadi raja itu banyak tanggungjawabnya. Tak terpikul kita. Kalau ada seekor lembu patah kaki kerana jalan di Melaka ini rosak berlubang nanti akan ditanya Allah di hari akhirat mengapa sultan tidak memperbaiki jalan. Kita bukan jenis yang mampu memikul kerja sebesar itu. Biarlah kita mengaji agama saja daripada tuk guru”.

    • abangdubook

      Maceh bro!

Add a review

Your email address will not be published. Required fields are marked *