Proletar Dua Menara

(1 customer review)

RM20.00

Buku ketiga dari penulis tersohor Tanjung Malim!

In stock

Category: Tag:

Description

Proletar Dua Menara merupakan buah tangan ketiga hasil karya Fdaus Ahmad selepas Dari Tanjung Malim Ke KLCC dan Dari KLCC Ke Tanjung Malim.

Dua buku sebelum ini, berjaya mengusik hati ribuan pembaca dengan hilai tawa dan pengajaran lucu kehidupan penulis, keluarganya dan aktiviti seharian yang penulis lalui.

Proletar Dua Menara, kali ini tampil lebih berani, dengan isi kata yang bukan sekadar memasung hilai tawa, namun mencabar fikir, emosi dan pendirian pembaca atas pelbagai isu serta pandangan terhadap manusia dan dunia amnya.

Selamat membaca kepada semua dan ingatlah,

“Membaca jambatan ilmu, tidak membaca jambatan bangang.”

Penulis: Fdaus Ahmad

ISBN: 978-967-0723-06-8

Mukasurat: 212

Harga: RM20.00

1 review for Proletar Dua Menara

  1. syedshahromwafa

    Ulasan asal di https://www.goodreads.com/book/show/23148094-proletar-dua-menara

    Fdaus Ahmad boleh menulis perkara serius juga rupanya haha. Membuktikan penulis juga boleh berkembang selari dengan bilangan buku hasil nukilan mereka.

    Cuma luahan dan nukilan santai oleh penulis. Tidak seperti buku popular beliau sebelum ini, Dari Tanjung Malim ke KLCC dan Dari KLCC ke Tanjung Malim, buku ini lebih berat & lebih luas skop penceritaannya. Teknik penyampaian penulis juga ada pelbagai kelainan di dalam buku ini. Sesuatu yang menyegarkan.

    Jika anda suka penulis Khairul Hakimin Muhammad (Terkenal di Langit, Cerita Viral Kebangsaan) serta cara penulisan Mutalib Othman, anda pasti menikmati buku ini.

    #malaysiamembaca

    • abangdubook

      Maceh!

Add a review

Your email address will not be published. Required fields are marked *