Sale!

Republik Sungai Golok

RM25.00 RM17.50

In stock

Category: Tag:

Description

Prathet.

Dia ingat tangisannya itu. ” Khrang rek thi phom pai thung maenam Sungai Golok phom rongai prokwaa wannan phom dai hen prathet kong phom- Kali pertama saya sampai ke Sungai Golok, saya menangis; sebabnya hari tu saya dapat melihat negara saya, ” tulis Ramlee.

“Prathet bermakna negara. Contohnya Prathet Thai, Prathet Malaysia, Prathet Indonesia,” terang gurunya minggu lepas kembali bersuara setelah dia selesai menyemak ayat tentang ‘prathet’ untuk mencari kesalahan tanda baca atau salah penggunaan pakyancaknaatau konsonan Thai yang banyak itu.

“Prathet Patani? Macam mana pula khru?” Ramlee membangkit pertanyaan, senyuman terukir, rakan sekelas gelak, guru kelihatan juga tersenyum.

“Dulu Rrathet Patani ada. Sekarang negara Patani sudah tidak ada. Yanag ada sekarang adalah cangwat-wilayah Pattani,” jelas gurunya, yang kelihatan cuba memahami maksud pertanyaan anak muridnya itu.

“Tae prathet Patani yuu thi nii. Yuu nai cai phom…-Tapi negara Patani ada di sini. Duduk dalam hati saya..” Tangan kanan Ramlee diletak di bahagian dadanya.

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Republik Sungai Golok”

Your email address will not be published. Required fields are marked *