Sale!

Telegraf Cinta USD

Rated 5.00 out of 5 based on 1 customer rating
(1 customer review)

RM25.00 RM5.00

In stock

Category: Tag:

Description

Tulisan Hami Asraff adalah penulisan yang hidup. Tidak banyak penulis yang menulis keluar dari hatinya. Hami Asraff adalah penulis yang menulis dari hati. Saya amat besyukur kepada Allah kerana menemukan saya dengan penulis yang berbakat ini.

Dan terima kasih kepada Hami Asraff kerana memberi peluang kepada saya untuk menukilkan ucap kata untuk buku ini. Dengan terbitnya buku ini, maka terbitlah sebuah buku perjalanan kehidupan yang wajib dimiliki oleh semua pembaca dan peminat beliau di luar sana.

Penulis: Hami Asraff

ISBN: 978-967-0723-15-0

Muka surat: 182 muka surat

Harga: RM25

1 review for Telegraf Cinta USD

  1. Rated 5 out of 5

    Wan Mohd Zulqhairi Bin Wan Hasan

    1) Semua catatan penulis akan ada yang kena mengena dan terpalit kepada kita. Contohnya tentang sifat cemburu, semua orang ada sifat cemburu dan yang menjadikan kita berbeza adalah bagaimana kita mengatasi sifat cemburu itu. Dan dalam buku ini penulis memberi idea dan pandangan beliau bagaimana cara beliau mengatasi rasa cemburu dan ke mana beliau bawa perasaan itu.

    2) Buku ini tidak akan memboringkan anda. Tidak boring dengan cerita dan motivasi, setiap helaian dijamu dengan warna-warni yang pasti akan membuat otak kita segar pada setiap bait bacaan kita dalam buku ini.

    3) Dan yang paling istimewa adalah terdapat gambar-gambar peribadi penulis dalam buku ini. Semua cantik-cantik dan bukan satu tapi banyak. Kebanyakan gambar di-capture sendiri oleh penulis. Cantik-cantik semuanya.

    4) Prakata buku ini ditulis oleh Imam Muda Asyraf. Kalau nak baca apa yang IM Asyraf tulis korang kena beli la sendiri.

    5) Yang paling best sekali adalah penulis ada melampirkan satu nashkah bonus catatan kehidupan pemergian ayahanda beliau ke rahmatullah. Aku baca pun menangis weh. Sedih sangat. 🙁

    Belilah buku ini. InsyaAllah berbaloi. Ada banyak teladan dan pengajaran yang mampu membuatkan anda terfikir lalu berbisik dalam hati, “ooo betul juga apa yang dia cakap.”

Add a review

Your email address will not be published. Required fields are marked *